Operasi Mencari dan Menyelamat dua lagi mangsa bot karam diperairan Pulau Redang sejak Isnin lalu ditamatkan.<br /><br />Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam Jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang pertunjuk.